Disclaimer

This website is purely for information on the business and organisation of AE Research Management Sdn Bhd, and does not constitute investment advice or recommendation in whatsoever form.  No investment products and/or services mentioned in this website have been reviewed or endorsed by the Securities Commission of Malaysia (“SC”) and the SC shall not be held responsible for any contents stated herein.  By entering this website, you also agree that AE Research Management Sdn Bhd shall not be held liable for any damage arising from using any information from this website, and accepts the privacy notice policies adopted by the company.

Privacy Notice (Notis Privasi)

1. Personal Data

We, AE Research Management Sdn. Bhd. (“the Company”, “our”, “we” and “us”), value and respect your privacy.

 

In due compliance with the Malaysian laws, rules and regulations, this Privacy Notice is hereby presented to inform you and to explain the ways in which we collect, process, transfer, retain, use and disclose your Personal Data.  The Company may also provide supplemental and/or similar disclosure notices to certain categories of investors where necessary or required under any laws or regulations.

 

 “Personal Data” bears the same meaning as that stipulated in the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA 2010”). This refers to data and information that relates directly or indirectly to you, including your name, identification details, age, marital status, gender, sexual orientation, nationality, biometrics, details of family members/relatives, contact numbers, emails, addresses, academic and/or non-academic backgrounds, employment details, EPF and SOCSO details, income tax details, bank account and credit card details, physical or mental health or condition, political opinions, religious beliefs or other beliefs of similar nature, commission or alleged commission of any offences.

 

2. Processing of Personal Data

Your Personal Data may be collected by us through Direct Means (e.g. provided by you voluntarily via submission of information to our website, your application forms, correspondences with us or recordings on CCTV) and through Indirect Means (e.g. from lawful third party sources, public records or from a counterparty in possession of the Personal Data).

 

Your Personal Data shall be processed according to the PDPA 2010 and all other applicable regulatory requirements. We shall undertake reasonable measures to ensure that your Personal Data is processed lawfully, fairly, and transparently protected against unauthorised or unlawful processing, loss, access, misuse, alteration’ or disclosure.

 

Your provision of accurate and up-to-date Personal Data is necessary for the purposes stated above. Failure to supply such data may affect the Company’s ability to provide you with proper and effective fund management services or comply with its legal obligations towards you.

 

3. Purpose of Personal Data

By engaging or transacting with us, you hereby expressly consent to the our collection, use, disclosure, storage, transfer and processing of your Personal Data (including by our contractors, affiliates, service providers and regulatory reporting agents) for the following purposes:

 

  • to perform the our obligations arising out of your engagement of our services including onboarding, account opening, client due diligence (CDD), billings/payments and investor profiling;
  • to manage your investments, portfolios, or accounts;
  • to analyse your investment objectives in order to provide you with appropriate investment advice and research services;
  • to adhere to any applicable legal, regulatory, or licensing obligations,  including those imposed by the Securities Commission Malaysia, Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia, Court of Law and any other relevant authority (local or foreign);
  • to keep you duly informed and updated on any products and services offered by the Company, fund performances, risk disclosures, portfolio updates, regulatory and other relevant notices;
  • to conduct studies and analysis of the investor sentiments and market trends for the Company to strategise its marketing activities;
  • for the creation, innovation, improvement and development of our products and services;
  • to address any queries, concerns, and investigate any complaints received;
  • for internal operational purposes, including administration, auditing, risk management, know-your-client (KYC) and other regulatory compliance related matters, and record-keeping; and
  • any other purposes that may be in addition to, ancillary, incidental or in furtherance to the foregoing.

4. Disclosure

Your Personal Data provided to us shall be kept strictly private and confidential but may (where necessary) be disclosed to the following parties:

 

  • the Company’s service providers and business partners including but not limited to its auditors, insurers, tax agents, bankers, consultants, lawyers and other professional advisors;
  • local and foreign governmental authorities, judicial or law enforcement agencies, statutory and regulatory bodies;
  • third-party dealers, stockbroking counterparties, custodians, administrators and financial institutions engaged by the Company in the conduct of its business;
  • credit rating agencies, insurers and insurance brokers;
  • any persons or entities to whom you have provided consent; and
  • any other parties that the Company, in good faith, deems fit and appropriate for the purposes of its operations or to comply with applicable laws and regulations.

5. Cross-Border Data Transfers 

In engaging the Company’s services, you hereby expressly agree that the Company may transfer or disclose your Personal Data to third-party service providers located within or outside Malaysia, for the purposes specified above.

 

All such transfers shall be subject to appropriate contractual, technical, and organisational safeguards to ensure that the Personal Data remains protected in accordance with the standards required under the PDPA 2010 and other applicable data protection laws.

6. Access

You are entitled to access your Personal Data stored with the Company. Also, you may request that your Personal Data be updated or amended unless otherwise restricted or prohibited under applicable laws and regulations.

 

The Company reserves the its right to require documentary evidence to support any request for update or amendment to your Personal Data.

 

If you have any queries regarding the terms of this Notice, update/amend your Personal Data or (subject to any written law) wish to withdraw your consent or restrict the manner in which your Personal Data is processed, you may contact:-

 

THE PERSON RESPONSIBLE FOR COMPLIANCE

AE Research Management Sdn. Bhd.

Unit 1.01 Ground Floor

Menara Boustead

Jalan Sultan Ahmad Shah

10050 Penang

Tel: 04-222 6819

Email: stefanie@aeresearchmanagement.com

 

The Company may update this Privacy Notice at any time without any further notice or reference to you and the updated version shall be made available at our website. By engaging our services and/or continuing to engage our services and  communicating with us, you are deemed to have consented to the terms of this Privacy Notice and any amendments and modifications made thereto.  

 

 

 

1. Data Peribadi

 

Kami, AE Research Management Sdn. Bhd. (“Syarikat”, “kami”, “kita” dan “milik kami”), menghargai dan menghormati privasi anda.

 

Selaras dengan undang-undang dan peraturan Malaysia yang berkuat-kuasa, Notis Privasi ini disampaikan untuk memaklumkan dan menerangkan cara kami mengumpul, memproses, memindah, menyimpan, menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi anda. Syarikat juga mungkin memberikan notis penzahiran tambahan dan/atau yang menyerupai Notis Privisi ini kepada sesetengah kategori pelabur jika diperlukan atau diwajibkan oleh undang-undang atau peraturan.

 

Data Peribadi” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA 2010”). Ini merujuk kepada data dan maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda termasuk nama, butiran pengenalan diri, umur, status perkahwinan, jantina, orientasi seksual, kewarganegaraan, biometrik, butiran ahli keluarga/saudara-mara, nombor telefon, e-mel, alamat, latar belakang akademik dan/atau bukan akademik, butiran pekerjaan, butiran KWSP dan PERKESO, butiran cukai pendapatan, butiran akaun bank dan kad kredit, keadaan kesihatan fizikal atau mental, pandangan politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang seumpamanya, rekod  atau dakwaan kesalahan yang dilakukan.

 

2. Pemprosesan Data Peribadi 

 

Data Peribadi anda mungkin dikumpul oleh kami secara langsung (contohnya, maklumat yang diberikan oleh anda secara sukarela melalui laman web kami, borang permohonan, surat-menyurat dengan kami atau rakaman CCTV) dan secara tidak langsung (contohnya, daripada sumber pihak ketiga yang sah, rekod awam atau daripada pihak urus niaga yang memiliki Data Peribadi tersebut).

 

Data Peribadi anda akan diproses menurut peruntukan PDPA 2010 dan semua peraturan lain yang berkaitan. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda diproses secara sah, adil dan telus serta dilindungi daripada pemprosesan, kehilangan, akses, penyalahgunaan, pengubahan, atau penzahiran yang tanpa kebenaran.

 

Pembekalan Data Peribadi anda yang tepat dan terkini adalah penting bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Kegagalan anda untuk membekalkan data tersebut mungkin menjejaskan keupayaan Syarikat untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan dana yang sesuai atau mematuhi kewajipan undang-undang terhadap anda.

3. Tujuan Data Peribadi

 

Dengan menglibatkan diri atau berurus niaga dengan kami, anda dengan ini secara nyata bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyimpanan, pemindahan dan pemprosesan Data Peribadi anda (termasuk oleh kontraktor, ahli gabungan, pembekal khidmat dan ejen pelaporan kawal selia kami) untuk tujuan-tujuan berikut:

 

  • untuk melaksanakan kewajipan kami yang berkait dengan penggunaan perkhidmatan kami oleh anda termasuk pendaftaran, pembukaan akaun, pematuhan pelanggan (CDD), pengebilan/pembayaran dan pemprofilan pelabur;
  • untuk menguruskan pelaburan, portfolio atau akaun anda;
  • untuk menganalisis objektif pelaburan anda untuk tujuan pemberian nasihat pelaburan dan perkhidmatan penyelidikan yang sesuai;
  • untuk mematuhi sebarang kewajipan undang-undang, kawal selia atau pelesenan termasuk yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia, Mahkamah dan pihak-pihak berkuasa yang relevan (tempatan atau luar negara);
  • untuk memaklumkan anda tentang produk dan perkhidmatan terkini yang ditawarkan oleh Syarikat, prestasi dana, risiko penzahiran, perkembangan portfolio, notis kawal selia dan lain-lain makluman berkaitan;
  • untuk menjalankan kajian dan analisis tentang sentimen pelabur dan trend pasaran bagi membolehkan Syarikat merancang strategi pemasaran;
  • bagi penciptaan, inovasi, penambahbaikan dan pembangunan produk serta perkhidmatan kami;
  • Untuk menangani sebarang pertanyaan, kebimbangan, dan menyiasat sebarang aduan yang diterima;
  • Untuk tujuan operasi dalaman, termasuk pentadbiran, pengauditan, pengurusan risiko, ketahui-pelanggan-anda (KYC) dan hal-hal berkaitan pematuhan kawal selia lain, serta penyimpanan rekod;
  • bagi sebarang tujuan lain yang tambahan, berkaitan, bersampingan atau bagi melaksanakan tujuan-tujuan di atas.

4. Penzahiran

 

Data Peribadi anda yang dibekalkan kepada kami akan dirahsiakan dan dianggap sulit, namun mungkin (jika perlu) dizahirkan kepada pihak-pihak berikut:

 

  • Penyedia perkhidmatan dan rakan niaga Syarikat termasuk, tetapi tidak terhad kepada, juruaudit, penanggung insurans, ejen cukai, jurubank, perunding, peguam dan penasihat profesional lain;
  • Pihak berkuasa kerajaan tempatan dan asing, agensi kehakiman atau penguatkuasaan undang-undang, badan berkanun dan kawal selia;
  • Peniaga pihak ketiga, rakan niaga pembrokeran saham, penjaga, pentadbir dan institusi kewangan yang dilantik oleh Syarikat dalam menjalankan perniagaannya;
  • Agensi penarafan kredit, penanggung insurans dan broker insurans;
  • Mana-mana orang atau entiti yang anda telah berikan persetujuan; dan
  • Mana-mana pihak lain yang Syarikat, dengan suci hati, anggap sesuai dan wajar untuk tujuan operasinya atau untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai.

5. Pemindahan Data Merentas Sempadan

 

Dalam menggunakan perkhidmatan Syarikat, anda dengan ini secara nyata bersetuju bahawa Syarikat berhak memindahkan atau menzahirkan Data Peribadi anda kepada pembekal khidmat pihak ketiga yang berada di dalam atau di luar Malaysia, untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.

 

Semua pemindahan tersebut adalah tertakluk kepada perlindungan kontrak, teknikal dan organisasi yang sesuai untuk memastikan Data Peribadi kekal dilindungi mengikut piawaian yang diperlukan di bawah PDPA 2010 dan undang-undang perlindungan data lain yang terpakai.

 

6. Akses 

 

Anda berhak untuk mengakses Data Peribadi anda yang disimpan oleh Syarikat. Anda juga boleh meminta agar Data Peribadi anda dikemas kini atau dipinda kecuali jika ia dihadkan atau dilarang oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

 

Syarikat berhak untuk meminta bukti berbentuk dokumen sokongan bagi sebarang permohonan pengemaskinian atau pindaan kepada Data Peribadi anda.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan terma Notis ini, ingin mengemas kini/meminda Data Peribadi anda atau (tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis) ingin menarik balik kebenaran atau mengehadkan cara Data Peribadi anda diproses, anda boleh menghubungi:

 

PEGAWAI PEMATUHAN
AE Research Management Sdn. Bhd.
Unit 1.01 Tingkat Bawah
Menara Boustead
Jalan Sultan Ahmad Shah
10050 Pulau Pinang
Tel: 04-222 6819
E-mel: stefanie@aeresearchmanagement.com

 

Syarikat berhak mengemas kini Notis Privasi ini pada bila-bila masa tanpa notis atau rujukan lanjut kepada anda dan versi yang dikemas kini akan disediakan di laman web kami. Dengan melibatkan diri dalam perkhidmatan kami dan/atau terus melibatkan diri dalam perkhidmatan kami dan berkomunikasi dengan kami, anda dianggap telah bersetuju dengan terma Notis Privasi ini bersama dengan sebarang pindaan dan pengubahsuaian yang dibuat kepadanya.